Selamat Datang Anak-Anak Pra Sekolah.... Anda Hebat!!!
Kemas susun kasut....☺ Selalu ada jaa bunyi yang pelbagai. Tapi hari ni tidak yaa. Tertib sungguh!π
Cikgu tanya soalan pun malu-malu nak jawab. Lama kat rumah kan...π
Khushuk dan penuh perhatian!π Wajah-wajah yang sangat bersungguhππ Anda hebat, anak-anak kerana terpilih untuk menjadi orang yang pertama untuk hadir ke sekolah berbanding abang dan kakak kamu!❤πππ Hari ini merupakan hari pertama anak-anak pra sekolah khususnya memulakan semula pengajian setelah sekian lama tertangguh akibat COVID-19. Seperti biasa suhu diambil sebelum anak-anak masuk ke kawasan sekolah. Gembira sangat mereka nak mula belajar.... Nampak riak wajah anak-anak sangat gembira. Tetapi tidak seperti selalu ya. Kali ni sunyi sepi pra sekolah. Tiada teriakan anak-anak atau tangisan menjerit nak balik rumah. ππ Masing-masing berlitup muka dengan topeng. Sudah....tak boleh nak bercakap banyak. Patut laa sunyi jaa kawasan pra sekolah. Kasihan anak-anak tetapi topeng muka boleh diubah suai. Comel wajah...