Selamat Datang Anak-Anak Pra Sekolah.... Anda Hebat!!!


Kemas susun kasut....☺


Selalu ada jaa bunyi yang pelbagai. Tapi hari ni tidak yaa. 
Tertib sungguh!πŸ˜…


Cikgu tanya soalan pun malu-malu nak jawab. Lama kat rumah kan...πŸ˜…


Khushuk dan penuh perhatian!😁


Wajah-wajah yang sangat bersungguhπŸ’›πŸ’›


Anda hebat, anak-anak kerana terpilih untuk menjadi orang yang pertama untuk hadir ke sekolah berbanding abang dan kakak kamu!❤πŸ’™πŸ’šπŸ’›


Hari ini merupakan hari pertama anak-anak pra sekolah khususnya memulakan semula pengajian setelah sekian lama tertangguh akibat COVID-19. Seperti biasa suhu diambil sebelum anak-anak masuk ke kawasan sekolah. Gembira sangat mereka nak mula belajar....

Nampak riak wajah anak-anak sangat gembira. Tetapi tidak seperti selalu ya. Kali ni sunyi sepi pra sekolah. Tiada teriakan anak-anak atau tangisan menjerit nak balik rumah. πŸ˜‚πŸ˜‚

Masing-masing berlitup muka dengan topeng. Sudah....tak boleh nak bercakap banyak. Patut laa sunyi jaa kawasan pra sekolah. Kasihan anak-anak tetapi topeng muka boleh diubah suai. Comel wajah masing-masing. Seolah-olah mereka memang faham betapa bahayanyaa virus ini. Tidak banyak bergerak hinggakan nak pusing-pusing pun agak terhad. Boleh jaa nak jadi macam sebelum norma baharu kan. Berlari sana sini. Tetapi tidak tau sekarang ni. Pandai sungguh anak-anak prasekolah. πŸ˜‚πŸ˜‚ Tahu akan bahaya dan nampak masing-masing seolah-olah takut untuk banyak bergerak. 

Tahniah anak-anak prasekolah. Anda hebat! 

#KitaJagaJarakKita
#KitaLawanCovid19
#InshaAllahSelamatSemuanya

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

PRA SEKOLAH SUDAH BERSEDIA UNTUK ANAK-ANAK....DATANG SEKOLAH YA ESOK!

Selamat Tinggal Sahabat! Semoga Tenang dalam pengabdian Di dunia SANA yang Kekal. Al- Fatihah!

Lawatan Kerja Timbalan Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia (TKPPM) Ke Sarawak