Catatan

Selamat Tinggal Sahabat! Semoga Tenang dalam pengabdian Di dunia SANA yang Kekal. Al- Fatihah!

Imej
Khamis, 8 Oktober 2020 / 20 Safar 1442H.      Mengumpat itu biasa, mengata itu ini biasa, tapi itu hanya perkara biasa sesama kita sahaja, dalam lawak jenaka dan kerja sentiasa berjalan lancar seperti biasa. Ada kalanya dengan bantuan semua. Insan yang sangat berdikari, pemurah dan garang dengan anak-anak murid menjadikan insan ini sentiasa disebut oleh mereka si anak-anak murid. Al- Fatihah! (dibaca untuknya)      Anak-anak murid sekalian, hari ini bermulalah situasi di mana kamu tidak akan lagi dapat berbakti kepada insan ini. Kamu tidak lagi boleh mendapat ganjaran percuma membantu insan ini melaksanakan tugasan beliau.Kerana insan ini telah pergi buat selama-lamanya. Kerana insan ini telah pergi kembali kepada PENCIPTA nya yang ESA. Terima kasih, Cikgu Md Rozi! Jasamu sebagai pendidik akan sentiasa menjadi kenangan dan ianya akan selama-lamanya menjadi saham mu di dunia yang abadi!

Majlis Penutupan Bulan Kemerdekaan 2020

Imej
15 September 2020, 27 Muharram 1442 Hijrah, 9.00 pagi - 11.30 pagi, Sambutan Majlis Penutupan Bulan Kemerdekaan pada tahun ini dijalankan secara sederhana memandangkan kekangan masalah wabak Covid 19. Walaubagaimanapun, aktiviti yang dirancang dapat dilaksanakan dengan baik. Alhamdulillah, terima kasih semua guru, murid dan AJK PIBG yang turut hadir memeriahkan Majlis Penutupan Bulan Kemerdekaan pada tahun ini.  SELAMAT MENYAMBUT HARI KEMERDEKAAN SAYANGI MALAYSIA KU! MALAYSIA KITA PUNYA!

Taklimat Pemugaran Emosi Murid

Imej
Taklimat Pemugaran Emosi Murid Tarikh: 14 Julai 2020 Hari : Selasa Masa:9-10pagi Tempat: Makmal ICT Kehadiran: Semua guru Thn 1-6 Bagi memyambut kehadiran anak-anak Tahun 5 dan Tahun 6, adalah penting bagi guru untuk menarik perhatian mereka supaya mereka tidak bosan kerana mereka sudah terlampau lama di rumah.  Jadi, Unit Bimbingan dan Kaunseling, SKRP telah melaksanakan satu taklimat ringkas berkaitan aktiviti-aktiviti yang perlu dilaksanakan dalam tempoh PdP untuk dua hari pertama persekolahan. Ianya seumpama aktiviti peralihan untuk mereka kembali mengenali persekitaran sekolah norma baharu.  Pelbagai aktiviti menarik akan dilaksanakan esok. Guru-guru tidak akan persoalkan kerja rumah anak-anak ya. Kita akan dedahkan anak-anak sekolah dengan bahayanyaa Covid-19 dan cara-cara mengelak penularan virus ini. Nak tau apa kita nak buat esok? Jadi...sila laa datang sekolah ya anak-anak! Jangan tak datang ya!

Taklimat Pembukaan Sekolah untuk Waris Tahun 5 dan Tahun 6

Imej
12 Julai 2020, Selamat kembali ke sekolah anak-anak! Kamu semua tidak boleh tidur selepas Subuh lagi ya! Kamu semua tidak boleh bangun lambat lagi ya! 😂 ingat tu, Mak Ayah kamu dah datang sekolah hari ini untuk mendengar taklimat pembukaan sekolah pada 15 Julai 2020 nanti....  Sedikit taklimat dijalankan bagi membahaskan SOP yang perlu anak-anak ikuti untuk kembali ke sekolah nanti. Kehadiran waris anak-anak Tahun 5 dan Tahun 6 dijalankan terlebih dahulu memandangkan mereka yang akan kembalu dahulu ke sekolah. Majlis dipengerusikan oleh Guru Bimbingan Dan Kaunseling SKRP, Puan Naimah binti Md Ludin dan taklimat pembukaan sekolah disampaikan oleh Encik Mahali bin Mahat, Tuan Guru Besar SKRP. SELAMAT KEMBALI KE SEKOLAH ANAK-ANAK TAHUN 5 DAN TAHUN 6 ANDA HEBAT!💪💪

Lawatan Kerja Timbalan Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia (TKPPM) Ke Sarawak

Boleh dijadikan panduan kita bersama. Penerangan daripada Tuan Haji Adzman bin Talib, Timbalan Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia (TKPPM) Sektor Operasi Sekolah berkenaan SOP Pembukaan Sekolah semasa Lawatan Kerja ke Sarawak pada 27-28 Jun 2020 boleh dilayari di channel Youtube Jabatan Pendidikan Negeri Sarawak. 1. SOP Di Bilik Kelas Prasekolah https://youtu.be/X6FvMuCuWRY 2. SOP untuk pelajar harian dan pemandu bas sekolah https://youtu.be/d3qt3xT50vQ 3. SOP Tempat Membasuh Tangan (Sinki) https://youtu.be/V3APqsivrMA 4. SOP Mengimbas Suhu Badan https://youtu.be/t3K1-fPAG_I 5. SOP Di Tandas Sekolah https://youtu.be/GmGqVvTwUVA 6. SOP Meja Di Dewan Makan Asrama https://youtu.be/AeCPQKRF-cs 7. SOP Di Makmal Amali https://youtu.be/gPiBLgBvkTw 8. SOP Di Kantin Sekolah https://youtu.be/JKdoW-V0AbU 9. SOP Di Dewan Makan https://youtu.be/IvTN0FFWQx8 10. SOP Di Bilik Guru https://youtu.be/4brPUK0YSQk 11. SOP Di Asrama https://youtu.be/596ywHoE2nE 12. SOP Bilik Isolasi https://youtu.be/wmT2gleyS...

Bilik Kaunseling Kami

Imej
Sentuhan Insan hebat di Bilik Kaunseling SKRP. Cantik kan! ❤💙💚💛💜 Unit Kaunseling tiada blog lagi, nanti dah ada blog, saya share link kat sini ya. Datang laa tengok bilik kaunseling sentuhan idea Guru Bimbingan dan Kaunseling SKRP, Ustazah Naimah binti Md Ludin. Cantik sangat! Sejuk mata memandang. Rasanya anak-anak selalu nak masuk untuk dapatkan kaunseling daripada Pn. Naimah.

Misi Sekolah Hala Tuju Kami

"Melestarikan Sistem Pendidikan Yang berkualiti Untuk Membangunkan Potensi Individu Bagi Memenuhi Aspirasi Negara"