Selamat Tinggal Sahabat! Semoga Tenang dalam pengabdian Di dunia SANA yang Kekal. Al- Fatihah!

Khamis,

8 Oktober 2020 / 20 Safar 1442H.

    Mengumpat itu biasa, mengata itu ini biasa,
tapi itu hanya perkara biasa sesama kita sahaja, dalam lawak jenaka dan kerja sentiasa berjalan lancar seperti biasa. Ada kalanya dengan bantuan semua. Insan yang sangat berdikari, pemurah dan garang dengan anak-anak murid menjadikan insan ini sentiasa disebut oleh mereka si anak-anak murid.

Al- Fatihah! (dibaca untuknya)

    Anak-anak murid sekalian, hari ini bermulalah situasi di mana kamu tidak akan lagi dapat berbakti kepada insan ini. Kamu tidak lagi boleh mendapat ganjaran percuma membantu insan ini melaksanakan tugasan beliau.Kerana insan ini telah pergi buat selama-lamanya. Kerana insan ini telah pergi kembali kepada PENCIPTA nya yang ESA.


Terima kasih, Cikgu Md Rozi!

Jasamu sebagai pendidik akan sentiasa menjadi kenangan dan ianya akan selama-lamanya menjadi saham mu di dunia yang abadi!

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

PRA SEKOLAH SUDAH BERSEDIA UNTUK ANAK-ANAK....DATANG SEKOLAH YA ESOK!

Lawatan Kerja Timbalan Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia (TKPPM) Ke Sarawak