Bismillahirrahmanirrahim, Assalamualaikum warahmatullahi Wabarakatuh Alhamdulillah, bersyukur kita kehadirat Ilahi kerana kita dilanjutkan usia untuk bersama-sama melangkah ke tahun baharu 2020. Saya juga mengambil kesempatan mengucapkan “Selamat Menyambut Tahun Baharu 2020 dan selamat kembali menjalankan tugas kepada warga pendidik Sk Rambong Pulai. Semoga pada tahun 2020 kita dapat membina pasukan yang lebih jitu lagi bagi menjana dan menjayakan misi dan visi sekolah ke arah kemenjadian murid dalam bidang Kurikulum, Hal Ehwal Murid dan Kokurikulum. Justeru tuan puan adalah insan terpilih yang memainkan peranan penting dalam membina ilmu dan sahsiah murid-murid, maka proses pencarian dan pembinaan ilmu harus dijadikan amalan penerokaan yang tiada bernoktah. Kini kita telah berada dalam Gelombang Kedua PPPM (2016-2025) yang memfokuskan kepada peningkatan kualiti sekolah dan kemenjadian murid. Dalam Gelombang Kedua ini KPM memberi fokus utama kepada membangunkan pengetahu...
Ulasan
Catat Ulasan