Catatan

Tunjukkan catatan dari 2020

Selamat Tinggal Sahabat! Semoga Tenang dalam pengabdian Di dunia SANA yang Kekal. Al- Fatihah!

Imej
Khamis, 8 Oktober 2020 / 20 Safar 1442H.      Mengumpat itu biasa, mengata itu ini biasa, tapi itu hanya perkara biasa sesama kita sahaja, dalam lawak jenaka dan kerja sentiasa berjalan lancar seperti biasa. Ada kalanya dengan bantuan semua. Insan yang sangat berdikari, pemurah dan garang dengan anak-anak murid menjadikan insan ini sentiasa disebut oleh mereka si anak-anak murid. Al- Fatihah! (dibaca untuknya)      Anak-anak murid sekalian, hari ini bermulalah situasi di mana kamu tidak akan lagi dapat berbakti kepada insan ini. Kamu tidak lagi boleh mendapat ganjaran percuma membantu insan ini melaksanakan tugasan beliau.Kerana insan ini telah pergi buat selama-lamanya. Kerana insan ini telah pergi kembali kepada PENCIPTA nya yang ESA. Terima kasih, Cikgu Md Rozi! Jasamu sebagai pendidik akan sentiasa menjadi kenangan dan ianya akan selama-lamanya menjadi saham mu di dunia yang abadi!

Majlis Penutupan Bulan Kemerdekaan 2020

Imej
15 September 2020, 27 Muharram 1442 Hijrah, 9.00 pagi - 11.30 pagi, Sambutan Majlis Penutupan Bulan Kemerdekaan pada tahun ini dijalankan secara sederhana memandangkan kekangan masalah wabak Covid 19. Walaubagaimanapun, aktiviti yang dirancang dapat dilaksanakan dengan baik. Alhamdulillah, terima kasih semua guru, murid dan AJK PIBG yang turut hadir memeriahkan Majlis Penutupan Bulan Kemerdekaan pada tahun ini.  SELAMAT MENYAMBUT HARI KEMERDEKAAN SAYANGI MALAYSIA KU! MALAYSIA KITA PUNYA!

Taklimat Pemugaran Emosi Murid

Imej
Taklimat Pemugaran Emosi Murid Tarikh: 14 Julai 2020 Hari : Selasa Masa:9-10pagi Tempat: Makmal ICT Kehadiran: Semua guru Thn 1-6 Bagi memyambut kehadiran anak-anak Tahun 5 dan Tahun 6, adalah penting bagi guru untuk menarik perhatian mereka supaya mereka tidak bosan kerana mereka sudah terlampau lama di rumah.  Jadi, Unit Bimbingan dan Kaunseling, SKRP telah melaksanakan satu taklimat ringkas berkaitan aktiviti-aktiviti yang perlu dilaksanakan dalam tempoh PdP untuk dua hari pertama persekolahan. Ianya seumpama aktiviti peralihan untuk mereka kembali mengenali persekitaran sekolah norma baharu.  Pelbagai aktiviti menarik akan dilaksanakan esok. Guru-guru tidak akan persoalkan kerja rumah anak-anak ya. Kita akan dedahkan anak-anak sekolah dengan bahayanyaa Covid-19 dan cara-cara mengelak penularan virus ini. Nak tau apa kita nak buat esok? Jadi...sila laa datang sekolah ya anak-anak! Jangan tak datang ya!

Taklimat Pembukaan Sekolah untuk Waris Tahun 5 dan Tahun 6

Imej
12 Julai 2020, Selamat kembali ke sekolah anak-anak! Kamu semua tidak boleh tidur selepas Subuh lagi ya! Kamu semua tidak boleh bangun lambat lagi ya! πŸ˜‚ ingat tu, Mak Ayah kamu dah datang sekolah hari ini untuk mendengar taklimat pembukaan sekolah pada 15 Julai 2020 nanti....  Sedikit taklimat dijalankan bagi membahaskan SOP yang perlu anak-anak ikuti untuk kembali ke sekolah nanti. Kehadiran waris anak-anak Tahun 5 dan Tahun 6 dijalankan terlebih dahulu memandangkan mereka yang akan kembalu dahulu ke sekolah. Majlis dipengerusikan oleh Guru Bimbingan Dan Kaunseling SKRP, Puan Naimah binti Md Ludin dan taklimat pembukaan sekolah disampaikan oleh Encik Mahali bin Mahat, Tuan Guru Besar SKRP. SELAMAT KEMBALI KE SEKOLAH ANAK-ANAK TAHUN 5 DAN TAHUN 6 ANDA HEBAT!πŸ’ͺπŸ’ͺ

Lawatan Kerja Timbalan Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia (TKPPM) Ke Sarawak

Boleh dijadikan panduan kita bersama. Penerangan daripada Tuan Haji Adzman bin Talib, Timbalan Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia (TKPPM) Sektor Operasi Sekolah berkenaan SOP Pembukaan Sekolah semasa Lawatan Kerja ke Sarawak pada 27-28 Jun 2020 boleh dilayari di channel Youtube Jabatan Pendidikan Negeri Sarawak. 1. SOP Di Bilik Kelas Prasekolah https://youtu.be/X6FvMuCuWRY 2. SOP untuk pelajar harian dan pemandu bas sekolah https://youtu.be/d3qt3xT50vQ 3. SOP Tempat Membasuh Tangan (Sinki) https://youtu.be/V3APqsivrMA 4. SOP Mengimbas Suhu Badan https://youtu.be/t3K1-fPAG_I 5. SOP Di Tandas Sekolah https://youtu.be/GmGqVvTwUVA 6. SOP Meja Di Dewan Makan Asrama https://youtu.be/AeCPQKRF-cs 7. SOP Di Makmal Amali https://youtu.be/gPiBLgBvkTw 8. SOP Di Kantin Sekolah https://youtu.be/JKdoW-V0AbU 9. SOP Di Dewan Makan https://youtu.be/IvTN0FFWQx8 10. SOP Di Bilik Guru https://youtu.be/4brPUK0YSQk 11. SOP Di Asrama https://youtu.be/596ywHoE2nE 12. SOP Bilik Isolasi https://youtu.be/wmT2gleyS...

Bilik Kaunseling Kami

Imej
Sentuhan Insan hebat di Bilik Kaunseling SKRP. Cantik kan! ❤πŸ’™πŸ’šπŸ’›πŸ’œ Unit Kaunseling tiada blog lagi, nanti dah ada blog, saya share link kat sini ya. Datang laa tengok bilik kaunseling sentuhan idea Guru Bimbingan dan Kaunseling SKRP, Ustazah Naimah binti Md Ludin. Cantik sangat! Sejuk mata memandang. Rasanya anak-anak selalu nak masuk untuk dapatkan kaunseling daripada Pn. Naimah.

Misi Sekolah Hala Tuju Kami

"Melestarikan Sistem Pendidikan Yang berkualiti Untuk Membangunkan Potensi Individu Bagi Memenuhi Aspirasi Negara"

Visi Sekolah Panduan Kerja Kami

"Pendidikan Berkualiti,  Insan Terdidik, Negara Sejahtera"

Seuntai Bicara Sederap Kata

Imej
Bismillahirrahmanirrahim, Assalamualaikum warahmatullahi Wabarakatuh Alhamdulillah, bersyukur kita kehadirat Ilahi kerana kita dilanjutkan usia untuk bersama-sama melangkah ke tahun baharu 2020. Saya juga mengambil kesempatan mengucapkan  “Selamat Menyambut Tahun Baharu 2020 dan selamat kembali menjalankan tugas kepada warga pendidik Sk Rambong Pulai. Semoga pada tahun 2020 kita dapat membina pasukan yang lebih jitu lagi bagi menjana dan menjayakan misi dan visi sekolah ke arah kemenjadian murid dalam bidang Kurikulum, Hal Ehwal Murid dan Kokurikulum. Justeru tuan puan adalah insan terpilih yang  memainkan peranan penting dalam membina ilmu dan sahsiah murid-murid, maka proses pencarian dan pembinaan ilmu harus dijadikan amalan penerokaan yang tiada bernoktah. Kini kita telah berada dalam Gelombang Kedua PPPM (2016-2025) yang memfokuskan kepada peningkatan kualiti sekolah dan kemenjadian murid. Dalam Gelombang Kedua ini KPM memberi fokus utama kepada membangunkan pengetahu...

Bacaan Surah Yaseen

Imej
Tarikh : 02 Julai 2020 Jam      : 8.00 pagi Kehadiran : Semua guru Sk Rambong, Pulai. Aktiviti bacaan Yasin diteruskan seperti biasa seperti sebelum ini. Walaubagaimanapun aktiviti bacaan Yasin pada kali ini terdapat sedikit kelainan kerana guru-guru berada pada jarak 1 meter. Pentingnya penjarakan sosial untuk kita sama-sama membendung Covid-19. Bacaan Yasin mengikut SOP yang ditetapkan. 1 meter penjarakan. Bersama PK Pentadbiran baru sekolah. Tiada lagi rapatkan Shaf. Tidak cukup semua guru kerana ada di antara kami yang bekerja dari rumah. PK Kokurikulum Tuan Guru Besar dan Khalifah Bacaan Yasin. #KitaJagaJarakKita #KitaJagaKita #inshaAllahSelamatSemuanya

Sentuhan Guru-guru Untuk menerima anak-anak kembali ke sekolah

Imej
01 Julai 2020, Inilah juru ukur kami. πŸ˜‚ Inilah mereka yang bekerja disebalik tabir.πŸ˜‚ Inspection katanya.😁😁 Kreatif kan, guna ja apa yang ada. Pembaris pun ada tapi tak cukup panjang nak jadikan pengukur.πŸ˜…πŸ˜„ Masih mampu tersenyum.😊😊 Daripada bangun, kemudian duduk. Alhamdulillah. Masih kuat untuk hari esok!πŸ’ͺπŸ’ͺ ❤πŸ’™πŸ’šπŸ’›πŸ’œ Masih bertungkus lumus, selepas kelas pra sekolah murid Tahun 5 dan Tahun 6 pula akan kembali ke sekolah. Selepas itu murid Tahun 1 hingga Tahun 4 pula akan menyusul untuk meneruskan perjuangan menuntut ilmu. Kami guru, kami pendidik, kami serba boleh. Dah boleh turap jalan pulak lepas ni.πŸ˜‚πŸ˜‚ Bersedia dan bertungkus lumus menyiapkan konsep penjarakan sosial. Bukan selalu ada pengalaman begini. Tiba-tiba teringat pulak Pendidikan Keselamatan Jalan Raya.😁😁 Pusing kanan, pusing kiri, semua guru dah test dulu laluan ini sebelum anak-anak yang akan guna nanti. Baru tahu, susah jugak nak rancang kedudukan murid ni. πŸ˜‚πŸ˜‚ #KitaJagaJarakKita #KitaJagaKita #KitaJagaAnak...

Selamat Datang Anak-Anak Pra Sekolah.... Anda Hebat!!!

Imej
Kemas susun kasut....☺ Selalu ada jaa bunyi yang pelbagai. Tapi hari ni tidak yaa.  Tertib sungguh!πŸ˜… Cikgu tanya soalan pun malu-malu nak jawab. Lama kat rumah kan...πŸ˜… Khushuk dan penuh perhatian!😁 Wajah-wajah yang sangat bersungguhπŸ’›πŸ’› Anda hebat, anak-anak kerana terpilih untuk menjadi orang yang pertama untuk hadir ke sekolah berbanding abang dan kakak kamu!❤πŸ’™πŸ’šπŸ’› Hari ini merupakan hari pertama anak-anak pra sekolah khususnya memulakan semula pengajian setelah sekian lama tertangguh akibat COVID-19. Seperti biasa suhu diambil sebelum anak-anak masuk ke kawasan sekolah. Gembira sangat mereka nak mula belajar.... Nampak riak wajah anak-anak sangat gembira. Tetapi tidak seperti selalu ya. Kali ni sunyi sepi pra sekolah. Tiada teriakan anak-anak atau tangisan menjerit nak balik rumah. πŸ˜‚πŸ˜‚ Masing-masing berlitup muka dengan topeng. Sudah....tak boleh nak bercakap banyak. Patut laa sunyi jaa kawasan pra sekolah. Kasihan anak-anak tetapi topeng muka boleh diubah suai. Comel wajah...

PERJUMPAAN DAN TAKLIMAT PENTADBIRAN SEKOLAH KEPADA WARIS-WARIS PRA SEKOLAH

Imej
29 Jun 2020, Bukan mudah untuk menjelaskan keadaan sebenar yang bakal anak-anak hadapi di sekolah nanti. Jadi, ibu bapa perlu ditauliahkan berkaitan norma baharu dahulu sebelum anak-anak kembali ke sekolah. Beberapa isu yang perlu diberi perhatian iaitu : 1. Suhu badan anak-anak akan diambil pada waktu pagi sebelum masuk ke sekolah dan sebelum pulang. 2. Penjarakan Sosial 1 meter ketika berada dalam kawasan sekolah. 3. Kerap basuh tangan dengan sabun dan air. 4. Jangan lupa pelitup muka. 5. Jangan berhimpun. 6. Bergerak sehala mengikut arus anak panah. Sesiapa yang melawan arus akan didenda ya! Jaga-jaga. Patuhi norma baharu, untuk melawan jangkitan COVID-19. #StaySafe #StayStrong #AloneTogether Taklimat berlangsung di makmal ICT SK Rambong, Pulai.😊 Terima kasih semua waris yang hadir dan menjayakan misi norma baharu ini. Semoga berkat usaha dan kerjasama kita semua, COVID-19 hilang di muka bumi ini.

PRA SEKOLAH SUDAH BERSEDIA UNTUK ANAK-ANAK....DATANG SEKOLAH YA ESOK!

Imej
Alhamdulillah..... Semua guru Sk Rambong, Pulai bersama-sama membantu Guru Pra sekolah Puan Mursyidah dan Pembantu Pra sekolah Puan Nor Hazwani, menyediakan konsep kelas norma baharu bagi menyambut kehadiran anak-anak pra sekolah.  Kami menerima kunjungan daripada wakil pegawai Pejabat Pendidikan Daerah Baling yang membuat pantuan berkaitan keadaan kelas norma baharu di Pra sekolah. Santai-santai membantu dan mengemaskini serba sedikit kelas Pra sekolah. Walaupun letih tetapi kami tetap meriah!😁😁 Seronok kan.... Bukan selalu nak ada pengalaman menghadapi bencana sebegini. Walau apa pun rintangan, hidup perlu diteruskan! Terima kasih semua! Bersatu teguh, bercerai roboh! Teguran membina daripada pihak PPD Baling akan kami beratkan dan ambil tindakan segera.